Insiden tanah runtuh di China, 11 maut - Utusan Malaysia

Insiden tanah runtuh di China, 11 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 24 Julai – Seramai 11 orang maut manakala 42 lagi hilang selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di wilayah Guizhou, barat daya negara ini.

Menurut Kementerian Pengurusan Kecemasan dalam satu kenyataan menerusi laman media sosial Weibo, pasukan penyelamat telah mengeluarkan 11 orang mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanah lumpur sehingga menenggelamkan 21 rumah di sebuah kampung di daerah Suicheng malam semalam.

Tambah kenyataan tersebut, seramai 560 anggota penyelamat sedang berusaha mencari mangsa. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini