MUMBAI 15 Julai – India secara dramatik membatalkan pelancaran roketnya ke bulan hari ini, kurang daripada sejam sebelum kapal angkasa itu berlepas disebabkan masalah teknikal. India menerusi misi Chandrayaan-2 atau Moon Chariot 2 mahu menjadi negara keempat selepas Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan China untuk mendaratkan kapal angkasa mereka di permukaan bulan bagi tujuan kajian. Pengiraan detik pelancaran di Pusat Angkasa Satish Dawan telah dihentikan pada 56 minit dan 24 saat sebelum rancangan pelepasan pada pukul 2.51 pagi waktu tempatan. “Masalah teknikal dikesan dalam sistem kenderaan pelancar pada T-56 minit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya