Imam Masjid Mukim Telaga Papan meninggal dunia di Mekah - Utusan Malaysia

Imam Masjid Mukim Telaga Papan meninggal dunia di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Imam Tua Masjid Mukim Telaga Papan, Kelantan, Ismail Yaacob meninggal dunia di Mekah petang semalam.

Pengerusi Biro Belia dan Wanita masjid berkenaan, Nor Amran Nor, 49, berkata, dia menerima berita sedih itu melalui aplikasi WhatsApp rakan yang turut berada di Tanah Suci.

Katanya, Ismail berusia 67 tahun yang lebih dikenali sebagai Tok Imam Wel menghembuskan nafas terakhir pukul 1 petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya diberitahu dia meninggal dunia akibat serangan jantung, jenazah disembahyangkan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Perkuburan Arafah.

“Arwah seperti ayah kepada penduduk kampung, pemergiannya sangat dirasai,” katanya seperti dipetik laporan portal Sinar Harian hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini