Hukum berwuduk tanpa berpakaian - Utusan Malaysia

Hukum berwuduk tanpa berpakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WUDUK merupakan syarat sahnya solat, baik yang wajib ataupun sunat. Namun, ramai mungkin keliru bila ditanya sama ada seseorang itu boleh berwuduk tanpa berpakaian kerana biasanya ia dilakukan selepas kita mandi dan membersihkan diri sebelum mendirikan solat.

Pedoman

Suruhan untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk sebenarnya tidak ada dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan. Tetapi, apabila mandi disunatkan untuk menutup aurat. (rujuk kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah, m/s 120).

Oleh itu, berwuduk dalam keadaan bogel tanpa dilihat oleh orang lain maka hukumnya adalah sah dan wuduknya juga sah, melainkan perbuatan itu dilakukan di tempat awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita.” – Riwayat Muslim

Seseorang itu dibenarkan untuk tidak menutup aurat ketika bersendirian dengan syarat dia perlu disertakan dengan hajat seperti mandi atau untuk menyejukkan badan (rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185).

Bagaimanapun, lebih baik jika perbuatan itu dihindari. Menurut Mazhab Syafie, wajib kepada seseorang Muslim yang berada dalam keadaan bersendirian dan di tempat tertutup untuk menutup aurat.

Malah, pandangan itu juga disokong oleh ulama daripada kalangan Hanafi dan Hanbali. Sementara itu, para ulama mazhab Maliki pula berpendapat, sunat untuk menutup aurat ketika berada dalam keadaan bersendirian dan di tempat tertutup (rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah Quwaitiyah, 24/176).

SUMBER Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini