Hujan lebat pulih kemarau di Thailand - Utusan Malaysia

Hujan lebat pulih kemarau di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 26 Julai – Hujan lebat dijangka akan memulihkan keadaan kemarau di beberapa kawasan di Thailand dan meningkatkan paras air di kawasan simpanan.

Lapor Bangkok Post, Menteri Pertanian dan Koperasi, Chalermchai Sri-on berkata paras air di dua empangan, Sirikit dan Bhumibol telah menunjukkan peningkatan.

Katanya, pembenihan awan yang dilakukan telah menampakkan hasil dan dijangka meredakan kemarau di beberapa wilayah sekitar utara, timur laut dan tengah negara itu buat sementara waktu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai langkah jangka panjang, Jabatan Pengairan Diraja Thailand akan memantau kesemua kawsan simpanan dan punca air dalam negara bagi menghadapi musim kemarau.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini