Hina Nabi Muhammad perbuatan melampau  - Utusan Malaysia

Hina Nabi Muhammad perbuatan melampau 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Tindakan seorang pemilik akaun Facebook, Wendy Loong memuat naik karikutur menghina Nabi Muhammad disifatkan amat keterlaluan dan dan melampau. 

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam, Mohd. Nazid Salleh berkata, perbuatannya itu dilihat sengaja mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam di negara ini.

Katanya, kerajaan seharusnya mewujudkan satu akta khusus dalam menyekat mana-mana individu memuat naik status menghina agama di media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini bukan isu pertama kali berlaku di negara ini. Sekiranya tidak dibendung akan menjadikan masyarakat berpecah-belah dan tidak menghormati antara satu sama lain.

“Justeru, kita mahu langkah proaktif dilakukan pihak kerajaan dalam menangani isu ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam bersama Ketua Pemuda Pas Kawasan Sabak Bernam, Muhammad Nur Waafi Badruldin mewakili parti membuat dua laporan polis berasingan di Balai Polis Sungai Sabak Bernam.

Sementara itu, empat laporan polis berhubung isu sama telah dilakukan oleh kepimpinan Pemuda UMNO Selangor, Pemuda Pas, Wanita UMNO Selangor dan Dewan Muslimat Pas di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini