Hina nabi: 483 laporan polis diterima - Utusan Malaysia

Hina nabi: 483 laporan polis diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Sebanyak 483 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang dibuat oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman Facebook Kiub Batu Itu Berhala.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, hasil siasatan awal mendapati ‘posting’ yang dibuat oleh Wendy Loong telah dipadamkan.

“Kita sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang komen yang menyentuh sensitiviti agama atau kaum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini