JELEBU 28 Julai – Semua ahli UMNO diingatkan supaya berhati-hati dengan tindakan kumpulan tertentu dalam parti itu yang cuba mengaburi mereka dengan perbuatan melaga-lagakan antara pemimpin, mengamalkan politik pecah-belah, mengadu domba dan membuat tuduhan melulu. Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perbuatan itu dilakukan ketika semua pihak sedang berusaha menstabilkan UMNO dan memacu parti itu kembali semula di persada utama politik tanah air. “Saya tidak tahu apa matlamat dan agenda mereka dan kalau pun saya tahu siapa mereka dan saya menamakan mereka, maka tidak ada beza antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya