KUALA LUMPUR 4 Julai – Penggunaan terma Bangsa Johor perlu dihentikan serta-merta kerana ia dianggap tidak sihat terhadap kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-Negeri dan Persekutuan, Hassan Abdul Karim berkata, seluruh rakyat di negara ini harus dikenali sebagai Bangsa Malaysia dan bukannya dipisahkan mengikut negeri. Kata beliau, penggunaan terma Bangsa Johor itu adalah konsep pada tahun 20-an yang bermula daripada nenek moyang Sultan…










