Hakim dipercayai ‘selesai’ banyak kes - Utusan Malaysia

Hakim dipercayai ‘selesai’ banyak kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes rasuah melepaskan pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam didakwa telah banyak ‘menyelesaikan’ kes bagi memperoleh ganjaran daripada peguam.

Laporan portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini memaklumkan, sumber terdekat dengan siasatan tersebut berkata, Hakim berkenaan telah membantu peguam menyelesaikan kes polis selama bertahun-tahun.

“Ada banyak aduan oleh anggota agensi penguatkuasaan berhubung keputusan hakim dalam kes terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Difahamkan, Hakim tersebut juga turut membuat satu penghakiman kontroversi dalam satu inkues berprofil tinggi,” kata sumber kepada FMT.

FMT bagaimanapun tidak boleh mengesahkan perkara itu dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya belum menjawab pertanyaan.

Media sebelum ini melaporkan mengenai penahanan enam anggota polis serta Timbalan Pendakwa Raya dan peguam pada 17 Julai lalu kerana menerima rasuah untuk membebaskan PATI yang didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Hasil penahanan itu, wang tunai RM17,500 turut ditemukan dipercayai wang suapan yang diterima mereka.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini