Hak asasi menikmati alam sekitar selamat - Utusan Malaysia

Hak asasi menikmati alam sekitar selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Alam Sekitar merupakan satu faktor penting dalam kehidupan manusia. Maksud alam sekitar bolehlah didefinisikan sebagai menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd. Zuhdi Marsuku, 2002)

Faktor alam sekitar secara langsung memberikan impak kepada kehidupan manusia namun aktiviti manusia adalah satu ancaman kepada alam sekitar. Oleh itu, pelbagai deklarasi dilakukan oleh kebanyakan negara berkaitan isu alam sekitar ini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa hak kepada alam sekitar adalah hak manusia kepada alam sekitar yang sihat dan hak untuk hidup di alam sekitar yang sihat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara deklarasi berkaitan alam sekitar dinyatakan pada 1972 di Konferens Stockholms, di Konferens Rio pada 1992 dan pada 2002 di Konferens Dunia.

Di Malaysia pula tiada peruntukan spesifik berkaitan hak seseorang berkaitan alam sekitar namun adalah jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 5 menyatakan bahawa hak untuk hidup secara tidak langsung merujuk kepada hak untuk mendapat kehidupan yang bersih tanpa pencemaran.

Ini dinyatakan di dalam ucapan Ketua Hakim Negara (semasa itu) Tun Ariffin Zakaria pada 13 Januari 2017 dan secara langsung berharap ada pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan agar isu alam sekitar dirujuk secara spesifik .

Beliau merujuk kepada satu kes Tan Teck Seng lawan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (MLJ1996), Gopal Sri Ram JCA in his judgement state: …the expression, life appearing in art (5) does not refer to mere existence. It incorporates all those facets that are an integral part of life itself and those matters which go to form the qualityof life. Of these are right to seek and be engaged in lawful and gainful employment and to receive those benefits that our society has to offer to its members. It includes the right to live in a reasonably healthy and pollution free environment.

Keputusan ini menguatkan lagi hujah bahawa mahkamah mengiktiraf bahawa hak asasi seseorang itu termasuk hak untuk mendapat kehidupan di dalam alam sekitar yang bebas daripada pencemaran dan hidup dalam keadaan sihat.

Adakah seseorang itu boleh mengambil tindakan terhadap kerajaan atau mana-mana pihak kerana tidak menunaikan tanggungjawapnya dalam mengawal keadaan alam sekitar supaya orang ramai boleh hidup dalam keadaan bebas daripada pencemaran?

Di Indonesia pada 3 Julai lalu, rakyatnya telah memfailkan tindakan terhadap kerajaan negara itu kerana pencemaran alam sekitar.

Ada beberapa kriteria sebelum seseorang itu boleh mengambil tindakan terhadap kerajaan atau mana- mana pihak dalam isu pencemaran ini.

1. Bahawa seseorang itu perlu memiliki locus standi sebagaimana yang di putuskan di dalam kes Ketua Pengarah Jabatan alam sekitar & Anor lawan Kajing Ubek & Ors (1997) 3 MLJ 23. Locus standi bermaksud hak seseorang itu yang membolehkan kesnya dibawa ke mahkamah. Di dalam kes terbaharu Malaysian Trade Union Congress & Ors lawan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi & Anor (2014) 3 MLJ 145 menyatakan bahawa seseorang itu mempunyai locus standi dengan membuktikan bahawa dia mempunyai kepentingan yang tulus.

2. Seseorang itu perlu juga membuktikan bahawa kerajaan atau mana-mana pihak bertanggungjawab dalam pengawalan pencemaran ini dan mempunyai tanggungjawab statutory.

3. Seseorang itu perlu menunjukkan bahawa kerajaan atau mana-mana pihak telah cuai dalam melaksanakan tanggungjawab di para (2).

4. Seseorang itu perlu membuktikan bahawa dia mengalami kerugian atau terkesan daripada kegagalan kerajaan atau mana-mana pihak melaksanakan tanggungjawab ini.

Eng Thye Plantations Bhd. lawan Lim Heng Hock & Ors (2001) 4 MLJ 26 juga mengariskan panduan dalam mengambil tindakan di dalam kes-kes melibatkan tanggungjawab di dalam isu alam sekitar.

Secara langsung segala beban pembuktian diletak pada bahu pihak yang ingin menuntut kepada kerajaan atau mana-mana pihak yang terlibat.

Kesimpulannya adalah penting dalam tindakan yang ingin terhadap kerajaan atau mana-mana pihak yang terlibat perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh undang undang.

Akhir sekali ketahuilah bahawa hak asasi ini tidak boleh dicabuli sesuka hati oleh sesiapa atau mana-mana pihak sekali pun.

  • DATUK SYED AZIMAL AMIR SYED ABU BAKAR ialah seorang pengamal undang-undang.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini