GTSM mahu saman Menteri Pengangkutan - Utusan Malaysia

GTSM mahu saman Menteri Pengangkutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) memberi amaran untuk mengenakan tindakan mahkamah terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke atas sebab penangguhan penguatkuasaan terhadap syarikat perkhidmatan e-hailing untuk tempoh tiga bulan lagi.

Pengarah Big Blue Capital (M) Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, tindakan tersebut adalah satu keputusan yang menggunakan kuasa veto dan tidak logik.

“Pendekatan pendidikan secara berperingkat (soft landing practise) yang diberikan kepada pemandu e-hailing tidak perlu kerana rata-rata mereka adalah golongan dewasa dan sudah sedia maklum (tentang penguatkuasaan).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami telah bersetuju melantik GTSM bagi mewakili semua persatuan teksi di Malaysia untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah yang akan berlangsung pada 15 atau 16 Ogos nanti,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Big Blue Capital (M) Sdn. Bhd. di Jalan Ampang, di sini hari ini.

Turut hadir bersama ialah Yang Di-Pertua Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd. Hussain, Timbalan Yang Di-Pertua GTSM, Manugharan A/L Sellandy, Bendahari GTSM, Fazlizan Fathil dan Pengerusi Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Eksekutif Malaysia (Perjiwa) Melaka, Zulkiflie Baharom.

Bagaimanapun, Yang Di-Pertua GTSM, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, pihaknya akan bermesyuarat dengan menteri berkenaan terlebih dahulu untuk berunding tentang persetujuan menarik semula penangguhan tersebut.

“Jika dia bersetuju, kita akan membuat satu mesyuarat untuk menimbang tara, adakah persetujuan yang dicapai itu menyebelahi kita atau masih lagi mempunyai unsur-unsur untuk membuat pusingan U.

“Sebab kita sebenarnya sudah hilang kepercayaan pada dia, tapi kita masih mengamalkan sikap keterbukaan, jadi kita cuba untuk memberi peluang kepadanya. Jika betul dia melaksanakan undang-undang yang adil, maka kita akan tarik semula kes tersebut.

“Esok kita akan hantar surat, bermakna dia ada masa hampir tiga minggu untuk mempertimbangkannya sebelum kita bawa ke mahkamah,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini