Gerindra sertai Jokowi, dapat 2 jawatan menteri? - Utusan Malaysia

Gerindra sertai Jokowi, dapat 2 jawatan menteri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 22 Julai – Parti Gerindra pimpinan Prabowo Subianto sema­kin hampir untuk menjadi sebahagian daripada pemerintahan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) – Ma’ruf Amin.

Lapor CNN Indonesia, sejumlah pegawai parti berkenaan juga tidak menolak laporan terbabit, termasuklah Naib Ketua Umum Gerindra, Ferry Juliantono.

Menurut Ferry, semua kemungkinan untuk bergabung atau menjadi parti pembangkang akan dipertimbangkan dengan teliti oleh Dewan Pimpinan Pusat dan Dewan Pembina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, sumber CNN Indonesia yang merupakan ka­der kanan kepada salah satu parti politik yang menyokong Jokowi-Ma’ruf berkata, Gerindra mahukan dua jawatan menteri.

Dua kerusi yang diinginkan oleh Gerindra adalah Menteri Pertanian dan Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) selain dilaporkan meminta satu kerusi timbalan menteri.

Parti penyokong Jokowi-Ma’ruf dikatakan tidak keberatan sekiranya Gerindra mengisi tiga kerusi, namun bukan jawatan Menteri Pertanian 
dan BUMN.

“Masih tawar-menawar,” kata sumber terbabit minggu lalu.

Seorang lagi sumber CNN Indonesia memaklumkan, Gerin­d­ra meminta lima kerusi dalam kerajaan namun ditolak parti penyokong Jokowi-Ma’ruf.

Sementara itu, Naib Ketua Umum Gerindra, Sufmi Dasco Ahmad menolak pihaknya sudah meminta beberapa kerusi dalam kerajaan dan tegasnya, masih belum ada perbincangan ke arah itu.

Sufmi Dasco berkata, Ge­rindra baru sahaja mahu menjalinkan hubungan dengan Jokowi dan parti penyokong­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini