Gauff ke saingan 16 terbaik Wimbledon - Utusan Malaysia

Gauff ke saingan 16 terbaik Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bintang remaja sensasi, Coco Gauff yang menampilkan aksi cemerlang dalam minggu pertama di Wimbledon akan berdepan cabaran besar apabila bakal berdepan bekas pemain No.1 dunia, Simona Halep di pusingan kalah mati.

Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 15 tahun itu perlu bekerja keras untuk menjelmakan semula kecemerlangan Jennifer Capriati yang berjaya ke separuh akhir 1991 pada usia yang sama.

Dia akan berdepan masalah jika mengulangi kesilapan mudah sama ketika berdepan Polona Hercorg.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sentiasa yakin dengan diri saya. Saya percaya saya mampu lakukan banyak perkara.

“Keyakinan saya sentiasa sama sepanjang kejohanan ini,” kata Gauff.

Juara tujuh kali, Serena Williams percaya Gauff berjaya meningkatkan imej wanita dalam sukan itu dan pada masa sama percaya pemain itu mampu melangkah jauh.

“Ada pemain berusia 15 tahun seperti saya yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan di Wimbledon.

“Ada juga yang berusia 15 tahun seperti Coco yang tahu apa yang perlu dilakukan.

“Dia berada di tahap yang berbeza. Saya percaya dia memiliki kemampuan dan sudah bersedia,” katanya.

Williams yang sedang memburu rekod 24 kejuaraan Grand Slam akan berdepan pemain Sepanyol, Carloa Suarez Navarro.

“Setiap perlawanan sangat penting buat saya. Saya perlu terus cemerlang dan lakukan perkara sama seperti latuhan,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini