KUALA LUMPUR 24 Julai – Seorang ibu baru menyedari anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) telah dirogol selepas gadis tersebut melahirkan anak di Hospital Umum Sarawak, Khamis lalu.
Lapor portal Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintenden Aswandy Anis berkata, mangsa berusia 24 tahun yang mempunyai masalah pembelajaran itu disyaki dirogol jiran mereka di Kampung Jenan, Serian, Sarawak.
“Suspek berusia 17 tahun itu dipercayai telah melarikan diri dan kita sedang giat mengesan suspek.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Keluarga mangsa tidak menyedari mangsa hamil sehingga gadis itu melahirkan anak. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE











