BERBEKALKAN minat yang dipendam sejak kecil, Gilang Cahaya Ahmad Safri memberanikan diri terjun dalam bidang peragaan sebaik sahaja tamat persekolahan dan kini berjaya mencapai impiannya untuk bergelar model Muslimah. Segalanya bermula apabila dia berpeluang menyertai pertandingan Pencarian Anggun Ikon Hijabista dan merangkul tempat kelima yang sekali gus membuka laluan untuknya menjadi model untuk pentas peragaan di sekitar Pantai Timur. Biasanya rata-rata gadis akan memilih ibu kota Kuala Lumpur untuk membina…










