Foden paling berbakat - Guardiola - Utusan Malaysia

Foden paling berbakat – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pep Guadiola menegaskan pemain meningkat naik, Phil Foden merupakan pemain paling berbakat yang pernah bekerjasama dengannya.

Pemain Bawah 21 (B-21) England itu hanya beraksi 18 perlawanan liga musim ini namun Guardiola merupakan salah seorang peminatnya.

“Dia mempunyai pakej lengkap untuk menjadi salah seorang pemain terbaik. Saya bercakap mengenai perkara ini banyak kali namun mungkin di depannya, Phil merupakan pemain paling berbakat yang pernah saya temui sepanjang karier saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masalah dia adalah kadang-kala pengurusnya tidak mahu menurukan dia dalam kesebelasan utama. Diharapkan perkara ini dapat dipertingkatkan pada masa depan,” kata Guardiola.

Dalam pada itu, Foden berasa bertuah apabila berada dalam perancangan bos City, Guardiola dan mengakui dengan bekerja keras sahaja cara untuk dia memastikan tempatnya bersama pasukan terjamin.

“Semua orang meletakkan usaha masing-masing. Saya beruntung kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang istimewa ini,” kata Foden. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini