Firmino cacah tatu Liga Juara-Juara - Utusan Malaysia

Firmino cacah tatu Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Roberto Firmino mempunyai cara tersendiri untuk mengabadikan kenangan manis bersama Liverpool selepas berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara pada Jun lalu.

Liverpool menakluki Eropah buat kali keenam pada 1 Jun lalu selepas menewaskan Tottenham 2-0 dalam aksi final kejohanan tersebut di Madrid, terima kasih kepada jaringan Mohamed Salah dan Divock Origi.

Itu merupakan trofi Firmino yang pertama di pentas Eropah lantas membuatkan pemain Brazil itu mahu mengingati kejayaan tersebut buat selama-lamanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang Liverpool itu memuat naik gambar dari arah belakang badannya yang menyaksikan dia mencacah tatu trofi Liga Juara-Juara di sebelah kanan.

Gambar tersebut diambil ketika Firmino sedang berehat selepas kejayaannya menjulang trofi Copa America di laman sendiri, baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini