BRAZIL – Penyerang Brazil, Gabriel Jesus mengakui gerak hatinya berkata dia akan menjaringkan gol dan perkara tersebut benar-benar berlaku apabila pemain berusia 22 tahun itu meledak satu gol untuk menewaskan Argentina 2-0 dalam aksi separuh akhir Copa America. Gabriel menjaringkan gol pada minit ke-19 berpunca daripada hantaran Roberto Firmino sebelum pemain Liverpool, Firmino menjaringkan gol kedua ketika permainan berbaki 19 minit untuk mara ke final Copa America buat kali pertama…










