FINA tegur tindakan Horton - Utusan Malaysia

FINA tegur tindakan Horton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GWANGJU, Korea Selatan – Perenang Australia, Mack Horton diberi amaran oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) semalam selepas dia enggan bergambar bersama pencabarnya dari China, Sun Yang di atas podium ketika menerima medal bagi acara 400 meter (m) gaya bebas di Kejuaraan Akuatik Dunia 2019 Ahad lalu.

Horton difahamkan bertindak sedemikian sebagai protes terhadap kontroversi doping yang menyelubungi Yang ketika ini.

Sebelum ini kedua-dua atlet tersebut telah bertelagah ketika Sukan Olimpik 2016 Rio apabila Horton menggelar Yang sebagai penipu berhubung penggantungan doping perenang China itu selama tiga bulan pada 2014.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Majlis Eksekutif FINA memutuskan untuk memberi amaran kepada Persatuan Renang Australia dan Mack Horton. Walaupun FINA meng­hormati kebebasan bersuara, namun ia harus dilakukan dalam konteks yang sesuai.

“Sebagai antara pertubuhan sukan terbesar di dunia, para atlet dan delegasi kami seharusnya sedar tanggungjawab mereka untuk menghormati peraturan FINA dan tidak menggunakan kejohanan FINA sebagai platform mengeluarkan kenyataan atau tindakan peribadi,” jelas kenyataan FINA semalam.

Yang sekali lagi mencetuskan kontroversi dalam isu doping selepas dia dilaporkan dengan sengaja menghancurkan sampel darahnya dengan tukul ketika dikunjungi pegawai do­ping FINA tahun lalu.

FINA bagaimanapun mele­paskan Yang daripada tuduhan tersebut selepas sia­satan penuh dijalankan, namun Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) telah membuat rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Timnbang Tara Sukan (CAS).

Horton, 23, memenangi pingat perak dalam acara 400m gaya bebas di belakang Yang, 28, Ahad lalu dan kedua-duanya berpotensi untuk bertembung sekali lagi dalam acara 800m gaya bebas di Kejuaraan Dunia 2019. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini