FIFA gantung bekas pegawai bola sepak Bostwana seumur hidup - Utusan Malaysia

FIFA gantung bekas pegawai bola sepak Bostwana seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA – FIFA menggantung seumur hidup bekas setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Botswana di atas kesalahan rasuah membabitkan skandal mengatur perlawanan, umum badan induk bola sepak dunia itu, hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, FIFA berkata, hakim daripada badan etika bebas mendapati Mooketsi Kgotlele bersalah kerana menerima rasuah yang berkaitan dengan memanipulasi perlawanan antarabangsa.

FIFA menjelaskan, siasatan ke atas Kgotlele telah bermula sejak September tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuduhan terhadap Kgotlele adalah berpunca daripada siasatan secara meluas berhubung pelbagai percubaan memanipulasi perlawanan antarabangsa yang bertujuan untuk pertaruhan dengan Wilson Raj Perumal yang merupakan seorang pengatur perlawanan yang terkenal.

Perumal telah ditahan dan dipenjarakan di Finland pada 2011 kerana terlibat dalam kes mengatur perlawanan bola sepak dalam liga utama di sana. Dia kemudiannya memberikan kerjasama bagi membantu penyiasat menyelesaikan kes mengatur perlawanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini