LONDON – Bos Atletico Madrid, Diego Simeone mengesahkan kecederaan ‘budak’ baharu Joao Felix tidaklah serius seperti yang disangkakan, dan pemain tersebut berpeluang beraksi dalam pertembungan derby menentang Real Madrid, hari ini.
Pemain berusia 19 tahun itu tidak sampai 30 minit bermain menentang Numancia dalam kemunculan sulungnya selepas mengalami kecederaan ;inggul, sekali gus terlepas saingan Piala Juara Antarabangsa dengan Guadalajara.
“Hanya kecederaan kecil, cuma kami enggan mengambil risiko. Pagi tadi dia menjalani latihan tanpa ada sebarang masalah. Saya bayangkan esok, dia akan bermain sementara atau beraksi dari awal sepak mula,” kata Simeone.- AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











