Federer buru kemenangan ke-100 Wimbledon - Utusan Malaysia

Federer buru kemenangan ke-100 Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Roger Federer berada di landasan tepat untuk meraih kemenangan ke-100 dan sekali gus menempah aksi separuh akhir menentang Rafael Nadal di Wimbledon.

Dalam aksi suku akhir terdapat lima pemain melebihi usia 30 tahun beraksi dan keduad-ua pemain itu dijangka bertemu buat kali ke-40 dalam sejarah sukan itu.

Juara lapan kali, Federer bagaimanapun perlu mengatasi Kei Nishikori manakala Nadal, juara dua kali perlu melepasi halangan Sam Querrey.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sesiapa yang berjaya melepasi halangan itu, mereka berkemungkinan besar akan bertemu juara bertahan yang juga juara empat kali, Novak Djokovic di pentas final.

Di usia 37 tahu, Federer menjadi atlet tertua beraksi di suku akhir selepas Jimmy Connors pada 1991.

Federer, Nadal dan Djokovic hanya tewas 19 perlawanan dalam aksi pusingan keempat.

“Saya fikir, pemain terbaik sudah cukup bersedia dan sudah boleh menjangkakan apa yang akan berlaku di dalam gelanggang.

“Ia membantu kami bermain dengan baik. Dengan pengalaman, ia akan bertambah baik,” kata Federer yang memiliki rekod 7-3 ke atas Nishikori.

Nishikori menewaskan legenda SWitzerland itu dalam aksi final ATP, tahun lalu.

“Saya meminati cara permainnya. Dia memiliki pukulan kilas terbaik dalam permainan ini. Pemain yang hebat dari segi fizikal dan mental,” kata Nishikori.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini