Fantasi magis Stacy dalam klip video Khayal - Utusan Malaysia

Fantasi magis Stacy dalam klip video Khayal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Setelah melancarkan single terbaharunya, Khayal pada 12 Julai lalu, Stacy bakal meluncurkan klip video bagi lagu tersebut beberapa jam sahaja lagi.

Bercakap mengenai konsep klip video arahan Hasif Hamid itu, Stacy berkata, dia mahu mengetengahkan dirinya seperti berada dalam dunia fantasi.

“Idea asal bagi konsep keseluruhan datang daripada hasil perbincangan saya bersama pengarah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara ringkasnya, klip video Khayal adalah bayangan imaginasi saya ketika berada di dalam dunia fantasi,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Mood keseluruhan yang dipaparkan menerusi klip video Khayal berbeza dengan video sebelumnya.
Mood keseluruhan yang dipaparkan menerusi klip video Khayal berbeza dengan video sebelumnya.

 

Berbeza dengan klip video lagu-lagunya sebelum ini, Stacy lebih memberi penekanan kepada elemen tarian kali ini. 

“Menerusi klip video Khayal ini, saya menari lebih sedikit untuk peminat.

“Selain itu, mood keseluruhan yang dipaparkan juga berbeza dengan video sebelumnya,” katanya lagi.

Klip video Khayal bakal dilancarkan pada 3 petang ini menerusi saluran Youtube Nova Music Videos. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini