Empat rumah papan musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Empat rumah papan musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Empat rumah papan musnah dalam kebakaran di Jalan Ayer Tawar, Setapak awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.04 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Wangsa Maju, Sentul, Hang Tuah, Keramat dan Titiwangsa dengan 47 anggota bergegas ke tempat kejadian.

Kenyataan itu menyebut kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.41 pagi, namun dianggarkan 80 peratus rumah terbabit hangus dijilat api.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan itu, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut. 

Dalam pada itu, seorang penduduk Lee Fook Hin, 78, yang tinggal bersama isterinya melahirkan rasa syukur kerana terselamat dalam kejadian berkenaan.

Katanya, api dari sebuah rumah papan bersebelahan telah marak ke bahagian kanan rumahnya, namun berjaya dipadam oleh anggota bomba. 

“Nasib baik rumah saya kena sikit sahaja dan kami selamat,” katanya kepada Bernama. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini