Empat rumah kongsi terbakar - Utusan Malaysia

Empat rumah kongsi terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Sebanyak empat rumah kongsi di tapak pembinaan di Jalan Kerinchi 2, Kampung Kerinchi, di sini musnah 100 peratus dalam kebakaran hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.53 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Seputeh dan BBP Hang Tuah tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba, pasukan dengan kekuatan 28 anggota dan diketuai Penguasa Bomba Muhammad Ridhwan Kamarulzaman itu cuba memadamkan kebakaran melibatkan empat buah rumah kongsi berkeluasan 9.2×3.7 meter persegi yang didiami oleh pekerja pembinaan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.23 pagi dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini