PATTANI 24 Julai – Seramai empat orang terbunuh dalam satu serangan malam semalam , dipercayai didalangi oleh kumpulan pemberontak di pos tentera.
Lapor Channel News Asia, serangan itu tercetus berikutan kemarahan memuncak kumpulan pemberontak susulan seorang anggotanya, Abdulloh Esormusor dibiarkan berada dalam keadaan kritikal selepas beberapa jam berada di unit soal siasat tentera.
Dalam kejadian semalam, kumpulan terbabit menyerang pangkalan tentera, melontarkan bom tangan serta melepaskan tembakan selama hampir satu jam.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Empat orang terkorban termasuklah tentera berpangkat Sarjan Mejar, dua orang sukarelawan pertahanan dan seorang penduduk kampung,” kata jurucakap tentera, Kolonel Thanawee Suwannarat. – AGENSI











