Empat beradik rentung kebakaran di Malang - Utusan Malaysia

Empat beradik rentung kebakaran di Malang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG 24 Julai – Empat daripada enam beradik ren­tung dalam kejadian kebakaran yang menyayat hati di sebuah rumah sewa di Desa Junrejo, Kota Batu, Jawa Timur.

Dalam kejadian malam semalam, mangsa yang terbunuh adalah Rahma Ramadhani, 10; Na’illah Fathinah Sholihah, 9; Anisa Dzahro, 7; dan Naufal Nasrulloh, 6.

Lapor Kompas.com, jiran mangsa yang merupakan saksi kebakaran, Hamidah, 29, berkata, dia menyedari kebakaran tersebut selepas terde­ngar bunyi jeritan sekitar pukul 9.50 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apabila keluar dari rumah, dia mendapati jiran­nya, Lina yang tinggal bersama suami, Abdullah dan enam orang anak sedang menjerit me­minta tolong.

“Api ketika itu sudah sampai ke bumbung rumah mang­sa lantas saya bersama suami mengambil peralatan untuk cuba memadamkannya.

“Saya juga melihat Abdullah dapat keluar dari rumah sambil mendukung dua anaknya, Fabiah dan Aida,” katanya.

Ketua polis Junrenjo, Sup­riyanto memberitahu, tiga mayat beradik itu ditemukan dalam bilik sama manakala satu lagi mayat di bilik belakang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini