SHAH ALAM – Seorang eksekutif pemasaran pusat gim terselamat daripada hukuman gantung apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas empat pertuduhan iaitu mengedar dan memiliki dadah, dua tahun lalu. Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Woo Wai Kit, 31, di akhir kes pendakwaan. Sementara, rakannya, Lian Wee Chin,32, diperintah membela diri. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 239.8 gram (g) mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya