Ekonomi tidak meleset tetapi perlahan - Utusan Malaysia

Ekonomi tidak meleset tetapi perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Ekonomi Malaysia tidak berdepan dengan kemele­setan sekalipun perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China memberi kesan kepada pertumbuhan.

Pengarah Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM), Fraziali Ismail berkata, ekonomi Malaysia secara dasarnya adalah kukuh yang disokong oleh kepelbagaian portfolio eksport tetapi ia masih menyaksikan berlakunya risiko penurunan.

Katanya, keadaan ini me­nyaksikan ekonomi negara diunjur mencatat pertumbuhan sederhana antara 4.3 hingga 4.8 peratus tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ekonomi Malaysia dijangka berdepan dengan pertumbuhan sederhana tetapi stabil dise­balik perang dagangan yang semakin memuncak. Apabila memasuki perang dagangan, ia membawa implikasi negatif.

“Ini kerana kepelbagaian eksport negara banyak membantu menjadi penampan kepada ekonomi dan membolehkan kita bertahan dalam menghadapi situasi perang dagangan ini,” katanya dalam taklimat mengenai Perang Dagangan AS-China: Konteks dan Implikasi di sini hari ini.

Tahun lalu, Malaysia menca­tat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.7 peratus.

Ketegangan perdagangan AS-China, yang bermula pada suku pertama 2018 menjadi semakin meruncing apabila AS me­ngenakan tarif lebih tinggi ke atas import dari China yang bernilai AS$200 bilion (RM823.7 bilion) pada September 2018.

Dalam laporan Buletin Suku Tahunan BNM bagi suku ketiga 2018, Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka yang kecil tidak dapat mengelak daripada impak ketegangan perdagangan global yang semakin merun­cing.

Dengan mengambil kira semua aspek semasa, ketega­ngan perdagangan yang semakin meruncing dijangka menjejaskan KDNK Malaysia pada 2019 sebanyak 0.3 hingga 0.5 mata peratusan. Dalam masa sama, dengan jumlah perdagangan sebanyak 131 peratus daripada KDNK, Malaysia dijangka terjejas terutama melalui saluran perdagangan.

Ketika ditanya kebimbangan berlakunya kemelesetan ekonomi global, Fraziali berkata, perkara itu hanya diperbesar-besarkan.

“Apa yang kita jangkakan ialah ia menyederhana tetapi stabil berbanding tahun sebelumnya. Ekonomi global akan lebih perlahan kerana mema­suki kitaran yang matang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini