KUALA TERENGGANU 16 Julai – Terengganu akan memanfaatkan tempoh 10 hari ini untuk terus berunding dengan pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) bagi memastikan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal dilancarkan pada Jumaat depan memenuhi keperluan kerajaan negeri. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara perkara yang akan dikemukakan untuk dipertimbangkan ialah mengenai jumlah stesen jajaran baharu yang berkurang kepada enam berbanding jajaran lama sebanyak lapan stesen. “Permintaan kita supaya jajaran yang dicadangkan mereka bersesuaian dengan perancangan kerajaan negeri dan inisiatif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya