ECRL dilancar semula hari ini - Utusan Malaysia

ECRL dilancar semula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 25 Julai – Selepas setahun dihentikan berkuat kuasa 4 Julai tahun lalu, projek meneruskan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan kos pembinaan lebih rendah akan dilancarkan semula hari ini. 

Majlis pelancaran projek mega itu akan disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada pukul 11 pagi ini di tapak terowong Bukit Bauk dekat sini.

Yang akan turut hadir dalam majlis itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Projek ECRL diarah dihentikan serta-merta tahun lalu bagi membolehkan kerajaan membuat rundingan dan kajian semula terhadap projek tersebut yang ketika itu sudah mencapai 14 peratus pembinaan.

Bagaimanapun, pada 12 April lalu, Pejabat Perdana Menteri mengesahkan projek berkenaan bakal diteruskan dengan kos yang lebih rendah, selepas kerajaan Malaysia dan China melakukan rundingan selama beberapa bulan.

Kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2 ECRL kini telah dikurangkan kepada RM44 bilion, satu pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asal RM65.5 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini