Dua makam dipindahkan ke Perkuburan Surau Lundan - Utusan Malaysia

Dua makam dipindahkan ke Perkuburan Surau Lundan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Dua makam termasuk anak bekas Perdana Menteri Pattani, Wan Ahmad atau Datuk Lela Seri Paduka Raja dipindahkan ke Perkuburan Surau Lundang, di sini hari ini.

Makam Wan Hassan Wan Ahmad bersama seorang hulubalangnya sebelum ini dikebumikan dengan nama Kubur Tok Kuda di Kampung Pulong, Kubang Kerian, di sini pada tahun 1832.

Proses mengalihkan kubur itu yang mempunyai empat batu nisan dilakukan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bermula pukul 10 pagi dipantau Pegawai  Hal Ehwal Imarah Masjid Roslee Ismail.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha Pertubuhan Kerabat Datuk Lundang Kelantan (PKDLK), Long Muhammad Wan Mohd. Noor berkata, kubur itu terpaksa dipindahkan selepas mengetahui sejarah menerusi manuskrip Hikayat Datuk Lela Seri  Paduka Raja 1989.

Menurutnya, Kubur  Tok Kuda yang berusia 187 tahun akhirnya dapat bersatu bersama kaum kerabat yang juga mempunyai pertalian keluarga dengan  Datuk Lundang, di Perkuburan Surau Lundang, Kota Bharu.

“Kedua-dua makam itu dipindahkan selepas kaum kerabat mereka berusaha mencarinya dan  mendapat kerjasama  MAIK,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata,  langkah itu juga diambil hasil inisiatif pihaknya kerana kubur sedia ada itu adalah milik tanah persendirian penduduk kampung.

“Berdasarkan maklumat kedua- dua mereka meninggal dunia selepas bertempur dengan tentera Siam satu ketika dahulu.

“Malah kita juga difahamkan Wan Hasaan turut mencari ayahnya (Wan Ahmad) yang meninggal dunia lebih awal dan kuburnya di perkarangan Pejabat  Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu ( KADA) dekat Lundang, Kota Bharu,”  katanya.

Berdasarkan sejarah dua makam lama di Kampung Pulong, Kubang Kerian ialah milik seseorang yang bernama Wan Hassan dan sebuah lagi milik seorang hulubalangnya.

Lokasi ini tidak jauh dengan  Istana Mahkota, tempat bersemayamnya Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ismail Petra iaitu ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sekarang. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini