Dua lelaki ‘rembat’ kipas masjid - Utusan Malaysia

Dua lelaki ‘rembat’ kipas masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 26 Julai – Sembilan buah kipas milik Masjid Mukim Kelar, dekat sini hilang dipercayai dicuri dua lelaki pada pagi Sabtu lalu.

Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian pada pukul 4.21 pagi tersebut kemudiannya tular sejak semalam.

Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Kelar, Zakaria Sulaiman berkata, ini bukan kali pertama masjid itu berdepan dengan masalah kecurian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kecurian sebelum ini melibatkan wang dari tabung masjid. Namun kali ini, harta benda masjid pula menjadi mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rakaman CCTV itu menunjukkan dua lelaki telah menceroboh masuk ke dalam masjid sebelum mencuri.

Sudahlah mencuri, kedua-dua lelaki itu bertindak biadap mencemarkan kesucian rumah Allah dengan masuk tanpa menanggalkan kasut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, polis sedang berusaha mengesan kedua-dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kita akan terus mempertingkatkan lagi rondaan bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus berulang pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini