Dua lelaki ditahan, dadah bernilai RM4,050 dirampas - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan, dadah bernilai RM4,050 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 23 Julai – Polis merampas dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM4,050 dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa sebuah hotel di sini pagi ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor, berkata, dalam serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, polis turut menahan dua lelaki berusia 25 tahun dan 23 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan di dalam beg galas yang diletakkan di atas meja menemukan satu bekas kaca warna hitam berisi sembilan peket plastik jernih berisi serbuk ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu dan dua peket plastik jernih berisi serbuk ketulan putih yang disyaki dadah jenis heroin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis juga menemukan satu beg berwarna hitam mengandungi wang tunai berjumlah RM550, alat penimbang dan plastik pelbagai saiz,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan masih giat dilakukan.

Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini