Dua guru wanita cedera di puncak Bukit Marak - Utusan Malaysia

Dua guru wanita cedera di puncak Bukit Marak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Dua guru wanita terpaksa dibawa turun oleh pasukan bomba apabila mereka mengalami kecederaan selepas berjaya mendaki Bukit Marak di sini hari ini. 

Kedua-dua mangsa ialah Koh Bee Chen, 49, yang dikhuatiri patah kaki manakala rakannya, Yap Ah Chai, 30, keletihan kronik selepas pitam di puncak bukit berkenaan.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Zawawi Yusoff berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 11.48 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lapan anggota penyelamat bergegas ke lokasi sebelum mendapati kedua-dua mangsa dalam keadaan letih dan tidak bertenaga.

“Mereka berjaya diselamatkan dan dibawa turun oleh anggota bomba yang betugas menggunakan teknik usungan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Zawawi berkata, mangsa yang terlibat diserahkan kepada pihak perubatan yang menunggu di kaki bukit berkenaan untuk dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Menurutnya, Bukit Marak adalah salah satu lokasi riadah yang sering dikunjungi bagi aktiviti pendakian.

“Ini adalah kali pertama perkhidmatan menyelamat dilakukan di bukit berkenaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini