KUALA LUMPUR 11 Julai- Dua lelaki warga asing diberkas bersama dadah bernilai RM7,000 dalam satu serbuan di hadapan pondok kosong di Kilometer 93, Jalan Bintulu-Tuba, Bintulu, Sarawak, semalam. Portal Utusan Borneo melaporkan, bertindak atas maklumat dan risikan, serbuan kira-kira pukul 1.30 petang itu dijalankan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu yang diketuai oleh Sub Inspektor Mahdi Ramli. Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, ketika serbuan, polis menemukan dadah disyaki jenis syabu seberat 49.8 gram pada dua suspek yang masing-masing berusia 29…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya