Dua beranak, tunang nyaris rentung kereta terbakar  - Utusan Malaysia

Dua beranak, tunang nyaris rentung kereta terbakar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sepasang tunang serta ibu mereka nyaris rentung apabila kenderaan dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur di sini malam tadi. 

Dalam kejadian pukul 8 malam, ketiga-tiga mangsa berusia 31 hingga 80 tahun. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Ahmad Subhaan Mohamed berkata, seramai 10 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8.15 malam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebaik pihaknya tiba beberapa minit kemudian. 

“Api dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 15 minit. 

“Kesemuanya hanya mengalami cedera ringan dengan seorang wanita warga emas didapati trauma,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Beliau menambah, siasatan awal pihaknya mendapati kebakaran kereta tersebut bermula dari bahagian enjin sebelum merebak ke bahagian lain.

Jelas Subhaan, punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini