Dua beradik terselamat daripada rentung - Utusan Malaysia

Dua beradik terselamat daripada rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Tindakan pantas seorang remaja membawa adik perempuannya keluar dari kediaman mereka berjaya menyelamatkan diri daripada rentung dalam kebakaran di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Batu 5 1/2 Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang di sini semalam.

Kebakaran berlaku pukul 9.50 pagi ketika Nurul Najwa Suhaili, 14, dan adiknya Nurul Najiha, 11, sedang berehat di ruang tamu. 

Sementara ibu bapa mereka, Siti Ruminah Samai @ Salim, 35 dan suaminya, Suhaili Zahar, 42, sedang menuju ke pekan daerah ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Siti Ruminah berkata, Nurul Najwa semasa kejadian tidak bersekolah susulan masih cuti sakit kerana baharu 25 hari menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di rahimnya pada 26 Jun lalu dan Nurul Najiha bersekolah pada sesi petang. 

“Mereka berdua sedang berehat di ruang tamu sebelum Nurul Najiha telah melihat api dari bahagian belakang rumah 
dengan kakak (Nurul Najwa) segera membawa adiknya itu keluar daripada situ. 

“Saya menerima berita kebakaran itu bergegas pulang ke rumah bersama suami sebelum mendapati kedua-dua anak selamat,” katanya ketika ditemui rumahnya di sini semalam.

Siti Ruminah yang merupakan pembantu kedai makan menjelaskan keluargannya kini tinggal sehelai sepinggang selepas segala dokumen dan peralatan tidak sempat diselamatkan mereka. 

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Zuraini Mohamed Rawian berkata, seramai 17 anggota termasuk pegawai berserta dua jentera dari BBP Tanjong Karang dan Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.57 pagi.

“Pihak bomba mengambil masa 10 minit bagi mengawal kebakaran sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya pukul 11.55 pagi. 

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini