Dr. Mahathir lawat Lapangan Terbang Turki milik MAHB - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir lawat Lapangan Terbang Turki milik MAHB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 26 Julai – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di sini yang dimiliki Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Perdana Menteri, yang tiba di lapangan terbang itu dari Ankara, ibu negara Turki, meluangkan masa kira-kira sejam melawat lapangan terbang itu, yang terletak kira-kira 45 km dari pusat bandar Istanbul.

Beliau diiringi isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri disambut Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Pengerusi MAHB, Tan Sri Zainun Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin

Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking.

Dr. Mahathir diberi taklimat oleh Raja Azmi mengenai sejarah pengambilalihan lapangan terbang itu oleh MAHB sejak 2014, pencapaian dan pembangunannya selain rancangan masa depannya.

Perdana Menteri turut melawat sekitar lapangan terbang.

Dibuka pada Januari 2001, lapangan terbang itu adalah yang kedua terbesar dan tersibuk di Turki dan lapangan terbang satu landasan dan terminal paling sibuk di dunia.

Dr. Mahathir tiba di Ankara pada Rabu untuk lawatan rasmi empat hari ke Turki.

Atur cara padat menanti Perdana Menteri berusia 94 tahun itu pada Jumaat di sini termasuk perbincangan meja bulat dengan para pemimpin industri selain majlis minum petang bersama diaspora Malaysia di Turki.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini