Ditarik selepas 14 hari notis bank – Peguam - Utusan Malaysia

Ditarik selepas 14 hari notis bank – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Kende­raan individu yang mempunyai masalah pembayaran ansuran bulanan hanya boleh ditarik selepas 14 hari pihak bank mengeluarkan Notis Niat Menarik Balik Kenderaan.

Fadly Hashim

Perkara itu termaktub dalam Peraturan 15, Peraturan-peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peguam, Fadly Hashim menjelaskan, bagaimanapun notis berkenaan hanya bo­leh dikeluarkan selepas tamat tempoh 21 hari yang diperuntukkan melalui Notis Jadual Keempat yang meminta peminjam menyelesaikan semua tunggakan.

Beliau berkata, ia hanya boleh dila­kukan selepas seseorang itu mempunyai kemungkiran pembayaran ansuran sebanyak dua kali berturut-turut.

“Bank akan me­ngeluarkan dan me­nyerahkan Notis Ja­du­al Keempat kepada peminjam melalui alamat sebagaimana dalam perjanjian jual beli atau alamat terakhir yang dimaklumkan kepada pihak bank.

“Hanya selepas tamat tempoh 14 hari notis mengikut peraturan 15 itu lah, bank boleh mengeluarkan perintah penarikan balik kenderaan kepada ejen perolehan semula (EPS) atau ejen tarik kereta,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Beliau menambah, EPS yang dilantik hanya boleh melakukan urusan penarikan bermula pukul 9 pagi sehingga 9 malam.

Jelasnya, penarik kereta juga perlu mengemukakan dan me­nunjukkan permit yang sah, kad pengenalan serta perintah pemilikan semula daripada bank atau mahkamah.

“EPS wajib berjumpa dengan peminjam semasa hendak menarik kereta dan laporan polis tidak diperlukan oleh mereka untuk menarik atau selepas menarik kereta seseorang.

“Selepas kereta ditarik, bank akan mengeluarkan Notis Jadual Kelima dengan memberikan tempoh 21 hari untuk menyelesaikan tunggakan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini