PARIS 16 Julai – Seorang menteri kanan Perancis meletak jawatan hari ini selepas laporan media yang menuduh beliau berbelanja secara boros termasuk makan malam mewah namun membidas apa yang disifatkannya sebagai ‘pembunuhan media’. Menteri Alam Sekitar, Francois de Rugy menerima tekanan hebat sejak seminggu lalu selepas portal Mediapart menuduhnya menganjurkan makan malam mewah buat rakan-rakannya lengkap dengan udang kara dan wain vintaj semasa beliau menjadi Speaker Parlimen. “Serangan dan pembunuhan media yang menyasarkan keluarga saya memaksa saya mengambil langkah perlu,” katanya. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya