Dicekup ketika lalok berhibur - Utusan Malaysia

Dicekup ketika lalok berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai- Taktik menggunakan pusat karaoke keluarga bagi mengaburi pihak berkuasa untuk berpesta dadah terbongkar apabila sebanyak 88 pengunjung ditahan polis dalam serbuan di Puchong dekat sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam itu, kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 50 tahun serta terdiri daripada 59 lelaki dan 29 wanita.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, ketika serbuan, kesemua mereka dalam keadaan leka dan khayal dengan muzik yang kuat serta tidak menyedari kehadiran pihak polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, polis turut menemukan dua peket ketamin seberat 2.09 gram dan 11 biji pil ekstaksi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek merupakan empat lelaki tempatan, 55 lelaki dan 29 wanita warga Indonesia. Sebanyak 59 daripada mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Rata-rata mereka bekerja sebagai buruh, sektor perkilangan dan tukang cuci,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismadi menambah, penganjur parti itu menyewa bilik karaoke tersebut dengan kadar sebanyak RM280 sejam untuk pengunjung yang kebanyakannya warga asing.

Jelasnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Serdang untuk tindakan selanjutnya termasuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Seramai 64 individu didapati positif ujian tersebut dengan 23 daripadanya adalah wanita.

“Kesemua tangkapan kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini