De Rossi akhirnya keluar dari ‘tempurung’ - Utusan Malaysia

De Rossi akhirnya keluar dari ‘tempurung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas pemain kebangsaan Itali, Daniele de Rossi melakar sejarah baharu dalam kariernya apabila buat pertama kali berhijrah ke kelab lain, dengan Boca Juniors adalah destinasi pilihannya.

Legenda Roma itu menyertai Boca Jr yang juga kelab kedua dalam profesionnya selepas setia hampir 19 tahun bersama AS Roma dalam karier senior.

Pemain berusia 36 tahun itu membuat 600 penampilan untuk kelab Serie A, menjadikannya pemain kedua terbanyak mewakili Roma selepas bekas rakan sepasukan Francesco Totti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas pemain kebangsaan Itali telah menandatangani perjanjian singkat bersama Boca Jr, yang telah mengatasi Parma dan kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS), LAFC dalam usaha mendapatkanb khidmat De Rossi.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini