De Gea luah hasrat jadi kapten United - Utusan Malaysia

De Gea luah hasrat jadi kapten United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – David de Gea berminat untuk menjadi kapten Manchester United selepas dia bersetuju menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab tersebut.

De Gea akan menandatangani perjanjian baharu yang menyaksikannya menerima gaji sebanyak 375,000 pound (RM1.92 juta) seminggu dan kontrak sehingga 2025 sebaik dia pulang daripada jelajah pra-musim. Berita itu sekali gus menamatkan spekulasi penjaga gol tersebut akan meninggalkan Old Trafford sebagai ejen bebas, musim panas ini.

Penjaga gol Sepanyol itu antara salah seorang calon untuk dilantik sebagai kapten tetap, selepas lilitan lengan diserahkan kepadanya beberapa kali dalam perlawanan sebelum ini dan De Gea berkata, menjadi penghormatan baginya jika diberi peranan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pernah menjadi kapten dalam beberapa perlawanan dan sudah tentu, ia sesuatu yang hebat dapat menjadi kapten bagi kelab seperti Manchester United dan mempertahankan lencana itu. Ia amat mengagumkan, jadi sudah tentu saya sangat gembira.

“Ini merupakan musim kesembilan dan berasakan saya adalah antara pemain paling berpengalaman. Saya perlu menunjukkan pengalaman itu ketika di atas padang dan cuba membantu pemain-pemain muda apakah makna Manchester United dan ia amat penting,” kata De Gea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini