De Gea idam lilitan kapten - Utusan Malaysia

De Gea idam lilitan kapten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Penjaga gawang Manchester United, David de Gea semakin hampir untuk menandatangani kontrak baharu selama enam tahun dan pada masa sama mengintai peluang menjadi kapten di Old Trafford.

De Gea, 28, sebelum ini dikhabarkan mahu meninggalkan Old Trafford tetapi kini berhasrat untuk membantu United kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Kapten United, Antgonio Valencia meninggalkan kelab itu pada penghujung musim dengan De Gea menjadi pemain terbaik mengisi kekosongan itu selain Ashley Young, Juan Mata, Chris Smalling dan Paul Pogba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menjadi kapten untuk beberapa perlawanan. Memang menakjubkan jika menjadi kapten untuk kelab ini.

“Sudah tentu saya gembira untuk menjadi kapten dan ini adalah musim kesembilan saya di Old Trafford, menjadikan saya antara pemain berpengalaman.

“Sebagai pemain United, kami akan berjuan untuk merangkul trofi kejuaraan. Kami akan lakukan yang terbaik sepanjang kami memakai lencana ini,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini