DBKL keluar 15 kompaun kepada pemilik kenderaan berat - Utusan Malaysia

DBKL keluar 15 kompaun kepada pemilik kenderaan berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 notis kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas pemilik kenderaan berat dalam Operasi Bersih di Jalan Kuching dan Jalan Sungai Besi, di sini baru-baru ini.

DBKL dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan penguatkuasaan itu menyasarkan pemilik yang melakukan pelbagai kesalahan lalu-lintas, mengotorkan jalan awam, tiada permit laluan dan tiada permit angkut bahan.

“Tindakan ini dilakukan di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 serta mengikut bidang kuasa yang dikuatkuasa oleh DBKL.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mana-mana individu yang melakukan kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dua ribu ringgit,” katanya.

Menurut DBKL, operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa demi keselasaan kepada warga kota. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini