KUALA LUMPUR 26 Julai – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menganjurkan program Suara Kuala Lumpur di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut di sini, esok.
–
DBKL dalam satu kenyataan memberitahu, program yang akan bermula pada pukul 8.45 malam itu akan menghimpunkan penyair dan juga sasterawan selain tokoh ternama daripada pelbagai lapisan umur dan kaum.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut.
“Acara diselang-seli dengan persembahan kebudayaan dan ‘live band’ dan dijangka tamat pada pukul 10.45 malam,” katanya dalam kenyataan.











