KUALA LUMPUR 6 Julai – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menyangkal keras dakwaan sebuah akaun Facebook yang mendakwa Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah agensi berkenaan menerima elaun berjumlah RM200,000 sedangkan anak-anak yatim dan miskin hanya mendapat sumbangan bernilai RM120 setahun. Pemangku Ketua Pengarah Yapeim, Parihah Hasan menegaskan dakwaan akaun Facebook dengan nama Aspirasi Rakyat, Khamis lalu itu bukan sahaja tidak benar dan mengandungi unsur fitnah, malah bertujuan untuk menjatuhkan imej serta reputasi baik Yapeim. Parihah menjelaskan, jumlah elaun Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) iaitu Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya