LONDON – Ahli Parlimen Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Zwelivelile Mandela, mengutuk dasar aparteid yang dijalankan oleh rejim Zionis di bumi Palestin, satu pernyataan solidariti antara Afrika Selatan dan Palestin oleh cucu kepada ‘hero’ anti-aparteid, Nelson Mandela itu. ANC merupakan parti pemerintah Afrika Selatan. Al-Jazeera melaporkan, Zwelivelile membuat kenyataan itu pada Ekspo Palestin, acara tahunan di London yang bertujuan mempamerkan sejarah, warisan dan budaya Palestin. Menurutnya, Nation-State Law (undang-undang negara bangsa)…








